Isnin, 31 Disember 2018

2018 Koleksi Khutbah Jumaat & Hari Raya Negeri Selangor, Malaysia. (54 siri khutbah)



2018-01-05 Menjaga Kemuliaan Dan Kesucian Masjid
2018-01-12 Tanggungjawab Mendidik Anak
2018-01-19 Islam Agama Perdamaian
2018-01-26 Rasuah Dijauhi Hidup Diberkati
2018-02-02 Menjauhi Fitnah Media Sosial
2018-02-09 Memahami Pahala Dan Dosa
2018-02-16 Tuntutan Solat Berjemaah
2018-02-23 Al-Quran Panduan Hidup
2018-03-02 Nikmat Islam
2018-03-09 Wakaf Adalah Saham Akhirat
2018-03-16 Teruskan Berdakwah
2018-03-23 Pesanan Buat Suami
2018-03-30 Amar Makruf Nahi Mungkar Tanggungjawab Bersama
2018-04-06 Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Pegangan Kita
2018-04-13 Peristiwa Israk Dan Mikraj
2018-04-20 Jom Kuliah
2018-04-27 Perpaduan Menjamin Kesejahteraan
2018-05-04 Tanggungjawab Memilih Pemimpin
2018-05-11 Ramadhan Yang Dirindui
2018-05-18 Keluarga Kita Di Bulan Ramadhan
2018-05-25 Kewajipan Menunaikan Zakat Fitrah
2018-06-01 Keagungan Al-Quran Dan Tanggungjawab Kita
2018-06-08 Pecutan Terakhir Ramadhan
2018-06-15 Khutbah Eidul Fitri 1 Syawal 1439H - Mensyukuri Eidul Fitri
2018-06-15 Ramadhan Berlalu, Syawal Tiba, Kita Di Mana?
2018-06-22 Mensyukuri Nikmat Usia.
2018-06-29 Umat Islam Umat Membaca
2018-07-06 Amalan Sedekah Membawa Barakah
2018-07-13 Persiapan Menjadi Tetamu Allah
2018-07-20 Tanggungjawab Dalam Rumahtangga
2018-07-27 Mempertahankan Negara Tuntutan Agama
2018-08-03 Kewajipan Memilih Sistem Perbankan Islam
2018-08-10 Selamat Datang Zulhijjah
2018-08-17 Meraih Pahala Membersih Dosa
2018-08-24 Menangani LGBT
2018-08-31 Mensyukuri Nikmat Kemerdekaan
2018-09-07 Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong: Asas Kestabilan Dan Kemakmuran Negara
2018-09-14 Menyantuni Umat Membawa Rahmat
2018-09-21 Fahaman Liberal Perosak Akidah
2018-09-28 Menjaga Kemuliaan Dan Kesucian Masjid
2018-10-05 Keruntuhan Akhlak Mengundang Bala
2018-10-12 Adab Di Dalam Media Sosial
2018-10-19 Kewajipan Membayar Hutang
2018-10-26 Akhlak Mulia Cerminan Solat Sempurna
2018-11-02 Memperkasakan Wakaf Tunai
2018-11-09 Berusahalah, Jauhi Meminta-Minta
2018-11-16 Rahmatan Lil Alamin
2018-11-23 Manfaat Cuti Sekolah (*tiada rakaman)
2018-11-30 Tunaikan Kewajipan Zakat
2018-12-07 Perpaduan Ummah Asas Kestabilan Institusi Raja
2018-12-14 Walimatul Urus Yang Diberkati
2018-12-21 Zakat, Berbahagia Dengan Memberi
2018-12-28 Arak Ibu Segala Maksiat

Jumaat, 28 Disember 2018

Jumaat, 21 Disember 2018

2018-12-21 Zakat, Berbahagia Dengan Memberi

… Ibadah zakat juga akan melahirkan sifat kasih sayang dan semangat ithar (mengutamakan saudaranya yang lain) agar nikmat Allah SWT dapat dirasai secara bersama. …


Jumaat, 14 Disember 2018

2018-12-14 Walimatul Urus Yang Diberkati

… Kita juga disunatkan untuk mendoakan pasangan pengantin dengan kebaikan, keberkatan, dan memohonkan keampunan buat pasangan pengantin serta mendoakan untuk orang yang mengundang ke majlis walimah. …




Jumaat, 7 Disember 2018

2018-12-07 Perpaduan Ummah Asas Kestabilan Institusi Raja

… Sekiranya masyarakat beragama Islam berpecah, menunjukkan mereka telah mengabaikan ajaran agama mereka. …


Jumaat, 30 November 2018

2018-11-30 Tunaikan Kewajipan Zakat

… Sesungguhnya, Allah SWT menjanjikan ketenangan, kebahagiaan dan keselamatan terhadap hamba-hamba-Nya yang menunaikan zakat. …





Jumaat, 23 November 2018

2018-11-23 Manfaat Cuti Sekolah

… Salah satu daripada lima perkara yang dipesan oleh Rasulullah SAW iaitu ‘ingatlah masa lapangmu sebelum masa sibukmu’ perlulah direnungkan bersama-sama agar di akhirat nanti kita tidak akan kerugian. …

Jumaat, 16 November 2018

2018-11-16 Rahmatan Lil Alamin

… Rahmatnya Nabi Muhammad SAW mengajak manusia kepada redha Allah SWT dan mencegah manusia dari kekufuran dan maksiat. …


Jumaat, 9 November 2018

2018-11-09 Berusahalah, Jauhi Meminta-Minta

… Ayat ini diturunkan untuk menceritakan kepada kita tentang sikap mulia sebahagian daripada para sahabat Nabi SAW yang terdiri daripada orang-orang miskin, tetapi mereka tidak mengharapkan bantuan orang lain walaupun mereka sangat memerlukan. …



Jumaat, 2 November 2018

2018-11-02 Memperkasakan Wakaf Tunai

… Dana wakaf yang terkumpul dari wakaf tunai ini akan disalurkan kepada pembinaan masjid, surau, sekolah, kemudahan perubatan, pembangunan hartanah, pembinaan institusi pendidikan dan berbagai jenis manfaat lagi. …


Jumaat, 26 Oktober 2018

2018-10-26 Akhlak Mulia Cerminan Solat Sempurna

… Ini menjadikan pemakaian orang Islam bukan lagi berunsur ibadah, tetapi berunsur fesyen dan mengikut hawa nafsu semata-mata. …



Jumaat, 19 Oktober 2018

2018-10-19 Kewajipan Membayar Hutang

… Bahkan ada yang menganggap membayar balik hutang-hutang tersebut adalah perkara remeh dan tidak penting. Malah ada juga yang rela digelar muflis asalkan tidak perlu membayar hutang yang menimbun. …


Jumaat, 12 Oktober 2018

2018-10-12 Adab Di Dalam Media Sosial

… Kita sebagai pengguna media sosial juga hendaklah memastikan kesahihan sesuatu maklumat sebelum menyebarkannya kepada orang lain. …


Jumaat, 5 Oktober 2018

2018-10-05 Keruntuhan Akhlak Mengundang Bala

… Yang pastinya tiada kebinasaan yang ditimpakan melainkan kerana kezaliman manusia itu sendiri. …


Jumaat, 28 September 2018

2018-09-28 Menjaga Kemuliaan Dan Kesucian Masjid

… Semenjak zaman Rasulullah SAW lagi, masjid bukan sahaja terhad sebagai tempat beribadah semata-mata tetapi juga merupakan pusat kegiatan dakwah. …


Rabu, 19 September 2018

2018-09-21 Fahaman Liberal Perosak Akidah

... Pejuang fahaman liberal juga mendakwa bahawa agama Islam mengikat, jumud, membataskan kemajuan malah cuba menakut-nakutkan masyarakat dengan menafikan pelaksanaan undang-undang Islam yang didakwa sebagai tidak mengikut perlembagaan, ...


Jumaat, 14 September 2018

2018-09-14 Menyantuni Umat Membawa Rahmat

... seorang Mukmin yang berjaya dan cemerlang akan sentiasa melakukan perubahan dan penghijrahan diri untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan berjaya ...



Jumaat, 7 September 2018

2018-09-07 Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong: Asas Kestabilan Dan Kemakmuran Negara

... kedudukan seseorang pemimpin adalah mulia dan tinggi kerana dia diamanahkan bagi menggantikan tugas kenabian dalam memelihara agama dan mentadbir urusan umat Islam. ...



Jumaat, 31 Ogos 2018

2018-08-31 Mensyukuri Nikmat Kemerdekaan

... Sejarah merakam, bahawa Tanah air kita pernah dijajah selama 446  tahun antara tahun 1511M hingga 1957M. ...



Jumaat, 24 Ogos 2018

2018-08-24 Menangani LGBT

... Menurut statistik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, pada tahun 2013 sahaja sebanyak 3 peratus daripada rakyat Malaysia didapati terlibat dalam gejala LGBT iaitu bersamaan lebih kurang 173,000 orang. ...


Rabu, 22 Ogos 2018

2018-08-22 Eidul Adha 1439H Inilah Korbanku Terimalah Ya Allah


… Nilai korban itu terletak pada pengorbanan suci, lambang ibadah yang tinggi dan ketundukan sepenuh-penuh hati kepada Allah SWT. ...




Jumaat, 17 Ogos 2018

2018-08-17 Meraih Pahala Membersih Dosa

... ibadah korban ini adalah suatu ibadah yang sangat dituntut oleh Islam. Ia sunat dilakukan oleh setiap buah rumah pada setiap tahun bagi orang yang berkemampuan. ...



Jumaat, 10 Ogos 2018

2018-08-10 Selamat Datang Zulhijjah

... Umat Islam hendaklah sentiasa ikhlas dan berlumba-lumba dalam melaksanakan segala amalan soleh agar setiap amalan tersebut mendapat ganjaran dan keredhaan Allah SWT. ...



Jumaat, 3 Ogos 2018

2018-08-03 Kewajipan Memilih Sistem Perbankan Islam

... Sesungguhnya sistem perbankan Islam adalah sistem yang bebas riba dan ia tiada unsur-unsur gharar (ketidakjelasan) dan tiada penindasan serta sangat berbeza dengan sistem perbankan konvensional yang berasaskan riba. ...


Jumaat, 27 Julai 2018

2018-07-27 Mempertahankan Negara Tuntutan Agama

... Dia berperang bukan kerana dorongan nafsu, bukan kerana kepentingan peribadi, bukan juga kerana hendak menganiaya dan melanggar hak orang lain. ...


Jumaat, 20 Julai 2018

2018-07-20 Tanggungjawab Dalam Rumahtangga

... Umat Islam hendaklah meyakini bahawa setiap ketua keluarga bertanggungjawab penuh terhadap ahli keluarganya dan akan dihisab dihadapan Allah di hari akhirat kelak. ...



Jumaat, 13 Julai 2018

2018-07-13 Persiapan Menjadi Tetamu Allah

... Perjalanan haji bukanlah perjalanan biasa. Ia adalah perjalanan memenuhi undangan Allah untuk mengunjungi Baitullah. ...



Jumaat, 6 Julai 2018

2018-07-06 Amalan Sedekah Membawa Barakah

... Sesungguhnya amalan bersedekah juga tidak mengurangkan harta, sebaliknya menambah harta dan menjauhkan kefakiran, kekurangan dan juga kesempitan hidup. ...




Jumaat, 29 Jun 2018

2018-06-29 Umat Islam Umat Membaca

... Islam bukan tersebar dengan keganasan sebagaimana dakwaan pihak Barat. Islam
 tersebar dengan akhlak dan keilmuan. ...



Jumaat, 22 Jun 2018

2018-06-22 Mensyukuri Nikmat Usia.

... apabila manusia berada di ambang usia emas, seharusnya bukan hanya memikirkan aspek kesihatan, bahkan lebih penting daripada itu adalah memastikan bahawa tujuan kehidupan kita di dunia ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangannya telah tercapai. ...


Jumaat, 15 Jun 2018

2018-06-15 Ramadhan Berlalu, Syawal Tiba, Kita Di Mana?

... Kalau di bulan Ramadhan kita boleh bangun bertahajjud sepertiga malam, maka kenapa kita tidak mampu bangun bertahajjud 2 rakaat di luar Ramadhan? ...


2018-06-15 Khutbah Eidul Fitri 1 Syawal 1439H - Mensyukuri Eidul Fitri


... Termasuk dalam amalan ini ialah menziarahi kenalan dan rakan-rakan ibu dan ayah kita. Menziarahi mereka dikira sebagai berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita yang telah meninggal dunia. ...




Rabu, 6 Jun 2018

2018-06-08 Pecutan Terakhir Ramadhan

... Umat Islam dinasihatkan agar tidak lalai dengan kesibukan membuat persiapan hari raya hingga lupa untuk mempertingkatkan amal soleh sebagai bekalan bertemu dengan Allah SWT. ...


Jumaat, 1 Jun 2018

2018-06-01 Keagungan Al-Quran Dan Tanggungjawab Kita

... Apakah cukup kita menjadikan al-Quran sekadar perhiasan didinding-dinding rumah dan masjid atau surau? ...




Jumaat, 25 Mei 2018

Jumaat, 18 Mei 2018

2018-05-18 Keluarga Kita Di Bulan Ramadhan

... Umat Islam janganlah mensia-siakan waktu di bulan Ramadhan dengan berehat dan leka membaca dan bermain dengan media sosial, sebaliknya hendaklah dipenuhi dengan berzikir, membaca al-Quran dan sebagainya. ...


Jumaat, 11 Mei 2018

2018-05-11 Ramadhan Yang Dirindui

... Antara persediaan yang boleh dilakukan ialah persediaan dari segi ilmu, emosi atau rohani, persediaan jasmani dan persediaan harta atau wang....


Jumaat, 4 Mei 2018

2018-05-04 Tanggungjawab Memilih Pemimpin

... Antara ciri-ciri pemimpin terbaik adalah orang yang berilmu pengetahuan yang luas, berkemampuan tubuh badan dan fizikalnya serta berintegriti yang tinggi ...


Jumaat, 27 April 2018

2018-04-27 Perpaduan Menjamin Kesejahteraan

... Fitnah bukan sahaja mengelirukan banyak pihak tetapi ia juga akan membangkitkan semangat permusuhan yang boleh menimbulkan dendam kesumat. ...

... Perpaduan adalah antara nikmat yang mesti kita syukuri. Perpaduan hanya wujud jika kita menghargai sesebuah keamanan. ...


Jumaat, 20 April 2018

2018-04-20 Jom Kuliah

... Ilmu tidak datang mencari kita. Kita yang mesti mencari ilmu. Jangan biarkan diri kita berada dalam kejahilan kerana kejahilan akan membawa kepada kesesatan. Kesesatan dalam agama akan membawa ke neraka. ...


Jumaat, 13 April 2018

2018-04-13 Peristiwa Israk Dan Mikraj

... Umat Islam hendaklah memastikan diri dan keluarga tidak mengabaikan solat lima waktu, walau di mana sahaja kita berada untuk menjamin kejayaan di dunia dan akhirat. ...


Jumaat, 6 April 2018

2018-04-06 Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Pegangan Kita

... Golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah mereka yang beriktikad seperti Iktikad Rasulullah SAW dan para sahabatnya, ...


Jumaat, 30 Mac 2018

2018-03-30 Amar Makruf Nahi Mungkar Tanggungjawab Bersama

... Sesungguhnya apabila berleluasanya gejala maksiat dan kemungkaran itu dilakukan tanpa ada sesiapa yang melarangnya maka akan datanglah berbagai-bagai kerosakan, kemusnahan dan bencana ditimpakan oleh Allah kepada manusia hinggakan doa yang dipohon juga tidak dimakbulkan oleh Allah SWT. ...


Jumaat, 23 Mac 2018

2018-03-23 Pesanan Buat Suami

... Kejayaan suami hanya terbukti apabila dapat menjalankan tanggungjawabnya dalam mendidik isteri dan anak-anaknya kearah yang diredhai oleh Allah... 

... Suami juga hendaklah mengelak daripada menjadi dayus apabila membiarkan isteri mendedahkan aurat di media-media sosial. ...


Jumaat, 16 Mac 2018

Ahad, 11 Mac 2018

2018-03-09 Wakaf Adalah Saham Akhirat

... Harta tidak berkurang jika diwakafkan. ...


2018-03-02 Nikmat Islam

... Namun pada hari ini terdapat umat Islam mula melupai dan meninggalkan ajaran Islam yang sebenar. 

Ada yang terpengaruh dengan aliran pemikiran fahaman Liberal yang ingin bebas daripada ajaran agama Islam, 

ada juga yang terpengaruh dengan fahaman Plural yang menganggap semua agama adalah sama sahaja dan sebagainya ke dalam kehidupan mereka, 

kononnya untuk mengejar kemajuan dunia, sedangkan dunia yang dikejar tidak dapat dicapai, akhirat tergadai begitu sahaja. ...



Jumaat, 23 Februari 2018

2018-02-23 Al-Quran Panduan Hidup

... Oleh itu, jadikanlah mempelajari dan membaca Al-Quran sebahagian daripada gaya hidup kita. Luangkan sedikit masa dengan Al-Quran pada setiap hari. ...


Jumaat, 16 Februari 2018

2018-02-16 Tuntutan Solat Berjemaah

... Syiar ini telah diringan-ringankan oleh kebanyakan umat Islam, kerana menuruti hawa nafsu, serta golongan yang sedikit takutnya kepada Allah swt dalam hati mereka, yang terdiri daripada golongan orang-orang yang malas dan munafik. ...


Jumaat, 9 Februari 2018

2018-02-09 Memahami Pahala Dan Dosa

... Dosa juga akan mengganggu ketenangan jiwa kita kerana jiwa akan resah dan gelisah dengan bebanan dosa. ...


Jumaat, 2 Februari 2018

2018-02-02 Menjauhi Fitnah Media Sosial

... dunia maya dan internet ini kadang-kadang berjaya menjadikan kita seorang makhluk yang kotor lidahnya dan buruk penanya, insan yang dusta dan fasiq, insan yang terburu-buru, jiwa yang gopoh, tergesa-gesa dan lemah serta pemikiran yang celaru ...



Jumaat, 26 Januari 2018

2018-01-26 Rasuah Dijauhi Hidup Diberkati

... Sesungguhnya sesiapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, pasti tidak akan dapat bersyukur dengan yang banyak...


Jumaat, 19 Januari 2018

2018-01-19 Islam Agama Perdamaian

... Dakwah adalah proses memujuk, bukan
mengutuk, menenang bukan menyerang, mendidik bukan mengherdik ...


Jumaat, 12 Januari 2018

2018-01-12 Tanggungjawab Mendidik Anak

... Ibu bapa hendaklah memastikan anak-anak berada di dalam rumah pada waktu malam khususnya waktu maghrib dengan diisi aktiviti-aktiviti ibadah agar dapat membendung anak-anak dari terdedah dan terpengaruh dengan gejala-gejala sosial yang boleh merosakkan akhlak dan membelakangkan petunjuk Allah SWT...



Jumaat, 5 Januari 2018

2018-01-05 Menjaga Kemuliaan Dan Kesucian Masjid

Semenjak zaman Rasulullah SAW, masjid bukan terhad sebagai tempat beribadah semata-mata tetapi merupakan pusat kegiatan dakwah. 

Oleh itu peranan masjid pada hari ini hendaklah mencakupi pelbagai aspek seperti penganjuran program keagamaan dan aktiviti kemasyarakatan dalam aspek kehidupan, pendidikan, kebajikan, dan aktiviti penyatuan ummah. 

Ini termasuklah menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran, dakwah, program untuk remaja, sambutan keagamaan serta galakkan kepada masyarakat untuk berjemaah solat lima waktu sehari semalam. 

Oleh itu, setiap muslim dan masyarakat setempat hendaklah berperanan dalam memakmurkan masjid, kerana memakmurkan rumah Allah itu adalah bukti mensyukuri nikmat Allah SWT.