Oleh itu peranan masjid pada hari ini hendaklah mencakupi pelbagai aspek seperti penganjuran program keagamaan dan aktiviti kemasyarakatan dalam aspek kehidupan, pendidikan, kebajikan, dan aktiviti penyatuan ummah.
Ini termasuklah menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran, dakwah, program untuk remaja, sambutan keagamaan serta galakkan kepada masyarakat untuk berjemaah solat lima waktu sehari semalam.
Oleh itu, setiap muslim dan masyarakat setempat hendaklah berperanan dalam memakmurkan masjid, kerana memakmurkan rumah Allah itu adalah bukti mensyukuri nikmat Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan